Salam 1 Malaysia & Selamat Sejahtera
Bersama ini, saya sertakan juga beberapa keping gambar gaharu(sila lihat attachment) untuk penilaian tuan/puan. Bagi pengetahuan pihak tuan/puan, stok yang sedia ada adalah terhad. Pihak kami tidak dapat menjanjikan apa - apa jaminan seberapa lama stok yang sedia ada ini dapat bertahan. Memandangkan permintaan yang terlalu tinggi, pihak kami hanya akan menawarkan kepada mereka yang terlebih dahulu membuat
pembayaran. 'First come, first served'.
Keutamaan juga hanya akan diberikan kepada mereka yang benar2 berminat untuk membeli dan membuat pembayaran penuh. Tiada istilah ambik dulu bayar kemudian.Pengalaman mengajar erti penipuan. Maaf, ini adalah kerana untuk mengelakkan berlakunya situasi kerugian bagi kedua dua belah pihak.
PERHATIAN !! Kepada broker2 yang sedia ada. Sila pastikan segala makluman dan rundingan yang dibuat antara pihak tuan dan pembeli benar2 dapat dijayakan dengan sebaik baiknya.. Jangan tamak haloba,kerana tamak datangnya rugi.. Dapatkan maklumat yang lengkap dan terperinci seperti yang dikehendaki oleh pembeli. Jimatkan air liur
dan selamatkan wang poket anda. 'DONT WASTE YOUR TIME'.
Kepada mereka yang membuat permintaan Gaharu bagi gred SUPER. Diharap pihak tuan/puan dapat la bersabar sepenuhnya. Pihak kami sedang berusaha keras bagi memenuhi setiap kehendak dan keperluan anda untuk ditunaikan. Info terkini, untuk makluman semua, pihak kami baru menerima 5kg sahaja Gaharu bagi gred SUPER. Amatlah rumit dan payahnya untuk kami menjalankan operasi gerak gempur gaharu ini bagi memenuhi setiap kehendak dan memuaskan hati semua pihak. Jadi kami juga
berharap sangat2 agar pihak tuan/ puan dapat bertenang, sementara kami pergi berperang.
Sekian dulu makluman kami buat semua. Mohon ampun dan maaf jika kata2 kami ini telah menyinggung perasaan mana2 pihak. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh la terus menghubungi kami di talian 012-970 7791(Hanafi) @ 019-614 5813(Amir).
WASSALAM...
Gaharu Emas Hitam Abad ke 21
November 15, 2010
March 18, 2010
February 28, 2010
Jenis Jenis Kayu Karas ( Gaharu )
Pelbagai jenis kayu diniagakan berdasarkan gred-gred tertentu yang diklasifikasikan mengikut kandungan resin dalam kayu. Proses penggredan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang berpengalaman. Tiada teknik khusus yang dipraktikkan sehingga hari ini. la dilakukan melalui pemerhatian dan timbangan berat.
Gaharu adalah sejenis bahan bernilai tinggi yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau “stress” samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan yang normal. Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Kayu yang mempunyai kandungan resin yang sedikit akan diproses bagi mendapatkan minyaknya dan boleh dijual dengan harga yang lebih baik.
Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupakan kelebihan yang menjadikan pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran minyak wangi. Gaharu secara tradisinya telah digunakan berkurun dahulu di India, Timur Tengah dan Timur Jauh. Dari segi perubatan didakwa bahawa gaharu boleh digunakan sebagai ubat anti kanser, digunakan selepas bersalin dan sakit perut.
Gaharu Di Malaysia
Di Malaysia, gaharu juga dikenali dengan panggilan depu, kekeras dan kepang; gaharu atau gahru (Indonesia); agarwood, eagle wood, Malayan aloe wood (England); calambac. calambour (Perancis); jinkoh (Jepun); Dud (Arab); chennxlang (China); agaru (India); and tram hurong (Vietnam).
Pelbagai Spesis
Pokok karas yang juga dikenali sebagai pokok depu oleh sebahagian penduduk di utara Malaysia (Aquilaria malaccensis Lam.) adalah dari famili Thymelaeaceae dan terdapat lebih daripada 20 spesis yang berkaitan dengan genus Aquilaria ini. Di Malaysia terdapat lima (5) spesis utama iaitu A. malaccensis (gaharu. karas atau depu). A. microcarpa(garu), A. hirta(candan), A. rostrata dan A beccariana (gaharu tanduk). Walaubagaimanapun spesis yang disarankan untuk perladangan adalah spesis A. malaccensis atau A hirta. Antara spesis-spesis Aquilaria yang terdapat di negara lain adalah A. crassna (Indochina) dan A. sinensis (China Selatan atau Taiwan) manakala dipercayai spesis A. agal/acha Roxb (India) adalah sinonim dengan A. malaccensis.
Habitat dan Taburan
Pokok karas atau A. malaccensis ini mudah dijumpai di hutan-hutan primer dan sekunder di beberapa negara iaitu Malaysia, Myarmar, India, Indonesia dan Filipina. Taburan pokok ini adalah pada sekitar ketinggian hingga 800 meter di atas paras laut. Tumbuh subur pada persekitaran lembab iaitu kawasan yang mengalami hujan tahunan antara 2000mm hingga 3000mm setahun dan suhu antara 20 hingga 35°C. Pokok karas mampu hidup pada kondisi tanah yang tidak terlalu subur dan biasanya pada tanah jenis liat berpasir dan bersaliran baik. Di Malaysia, pokok karas biasanya ditemui hidup di hutan semulajadi di kawasan cerun dan berbukit. Secara amnya pokok karas hidup subur di kawasan yang sedikit lembab dan tanah yang bersaliran baik serta sedikit berasid. Walaupun pokok karas ini tumbuh di persekitaran hutan, ia memerlukan cahaya yang mencukupi untuk tumbuh dengan baik.
Deskripsi Botani
Pokok karas tumbuh sehingga 20 ke 40 meter tinggi dan diameter batangnya boleh mencecah sehingga 60 cm. Batang pokok karas muda berwarna kelabu terang manakala batang pokok yang telah tua lebih licin dan berwarna keputihan. Kayu pokok karas yang tidak beresin berwarna putih, ringan dan lembut manakala kayu beresin berwarna hitam, berat dan keras. Daun pokok karas adalah bersilang, berbentuk elip dan berserat. Lebar daun yang matang adalah antara 3 hingga 4 cm dan panjangnya antara 6 hingga 8 cm. Pokok karas akan mula berbuah apabila berumur selepas 5-6 tahun dan terdapat dua biji benih bagi setiap buah yang dihasilkan. Walaubagaimanpun pokok karas ini sangat sukar dijangkakan keupayaannya untuk berbuah secara tetap pada setiap tahun.
Propogasi
Pokok karas boleh dibiak seeara biji benih walaubagaimana pun, akibat kedapatan biji benihnya yang agak sukar, pengurusan pusat pembiakan yang baik perlu supaya biji benih yang diperolehi tidak rosak. Di Malaysia, kaedah pengumpulan anak-anak pokok dari hutan telah dijalankan dan kaedah ini merupakan kaedah yang paling baik bagi memperolehi anak benih dengan banyak dan kaedah ini memberikan kadar hidup yang tinggi selepas disemai. Kaedah keratan batang juga boleh dijalankan menggunakan ranting pokok karas bertunas panjang 2 hingga 3 inci dan hormon penggalak akar digunakan. Kaedah pembiakan secara kultur tisu yang merupakan satu kaedah yang terbaik bagi mendapatkan benih yang seragam dan dari veriati terbaik

February 25, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)